a e i o u
follow






LE BOSS : SyamSyam CNM :D

Skin by: Her

2014


ok. selamat datang tahun 2014.

selamat datang hari dewasa.

selamat datang dunia tanpa uniform sekolah.

selamat datang. selamat datang.

memandang awal muharram dulu, aku tengok kurang ada perubahan ke arah positif terhadap diri aku. semoga bermulanya tahun 2014 dan tahun seterus seterus dan seterusnya, agar hati ini terus giat cekal untuk memantapkan lagi tahap keimanan diri aku terhadap Allah subhanahu wa ta'ala sehingga berjaya mencapai merasai kemanisan iman dalam hidup di dunia yang tidak lekang terlepas daripada menghadapi ujian Allah. insyaallah. amin... 

dah lama tak sekolah (rindu nak datang sekolah ? haha), penulisan aku pun entah apa-apa la jadinya.

sesungguhnya semua hamba Allah tidak kiralah manusia atau tidak, semuanya ada menghadapi ujian masing-masing oleh Allah swt. hal ini jelas lagi terang bersuluh, Allah itu adil. masyaallah... indah kan ? aku pun tidak lari dari ujian Allah juga. baru-baru ini, pelbagai ujian yang Allah telah uji tahap keimanan aku. sama ada aku redha dan tabah atau tidak menghadapinya. ujian yang Allah telah turunkan kepada aku cukup mengajar aku serba sedikit untuk mematangkan aku lagi dan sebagai satu persediaan untuk diri aku menuju ke alam dewasa yang mana perkataan "berdikari" perlu set ketat-ketat dalam otak aku ni.




kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa dan tiada penggantinya :')

ya Allah, Kau kuatkanlah imanku dan Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga. semoga ibu cepat sembuh dan ayah sentiasa sihat. awee pula, semoga hari ni, kau dah boleh keluar dari wad. esok dah start sekolah ok. maaf, aku memang tak tahu macam mana nak tunjuk kasih sayang aku sebagai seorang kakak kepada adiknya. aku cuma mampu berdoa je.... assalamualaikum

Blogger Q said...

Waalaikummussalam rentap versi sepanjang hayat. Ayat kau masih hebat. eh kenapa mak kau? adik kau?

 
Blogger syamsyam said...

Mak aku kurg sihat dan budak tu masih lg kena tahan wad disebabkan buah pinggang dia dijangkiti kuman. Sabar.. >.< ujian Allah. Btw, aku byk belajar ayat power drpd hasil penulisan kau juga :D gracias la ho

 
Blogger Q said...

Semoga dorang cepat sihat la. Inshaa Allah. ayat aku? *pokaface

 
Blogger Ezzaty Adilla said...

Sabar ye 2meter.. aku penah rasa mcm yg kau rasa ='D Doa banyak2, semoga mak n adik kau cepat sembuh dan seluruh ahli keluarga kau sihat2 =D btw, ayat kau memang tiptop la =D aku takleh lawan der, hihi

 
Blogger syamsyam said...

seorg lg merendah diri -_- sesungguhnya guru bm aku ada 3 ye. kau (zati), kau juga (qistina) dan budak tu (chin han). harap maklum. btw, alhamdulillah aminnn kerana mendoakan benda yg baik . haha

 
Blogger Q said...

1. Zati ye la. Aku? nonsense.
2. Adik dgn mak ko kabare? Dah ok ke?
3. Anda ditag
http://meetweirdo.blogspot.com/2014/01/birthday-giveaway-by-cik-ayue.html

 
Blogger Unknown said...

syam ko dah start berkerja ke ? Syam ayat kau power macam selalu. Syam aku dah ada blog. kalau ko rajin cari blog aku tu.

 
Blogger syamsyam said...

@Qistina :
1. lol sukati aku le. nak pilih sesiapa pun haha jwpn aku yg sebelum ni tetap sama.
2. alhamdulillah. mereka dua dah sihat walafiat.
3. yes tau dah. tapi sorry maybe x join ga tu. internet kesiputan melampau. btw shukran jazilan sbb tag


@Zahira :
alhamdulillah. masuk hari ni dah nak masuk 3 minggu aku buat home tutor tu. dan tunggulah. bila internet dah sepantas kilat. aku sure akan terjah blog kau tu hehe

 



Post a Comment



Older Post | Newer Post