a e i o u
follow






LE BOSS : SyamSyam CNM :D

Skin by: Her

syurga ku hampir di tawan


baru-baru ni -.- rumah aku hampir diisytiharkan berkeadaan darurat
haha darurat ?
yes... =___= perabot-perabot yang diperbuat daripada kayu telah pun diserang oleh beberapa angkatan perang anai-anai kecil dan menggelikan. kecil-kecil cili padi. mereka kecil tetapi gigi dorang gilalah tajam dan dorang kalau buat kerja berkumpulan, amatlah pantas dan tuntas. dari situ, kita boleh mencontohi semangat berpasukan mereka. tetapi bab yang merosakkan harta benda orang lain tu, JANGAN dicontohi grrr..
sebabkan anai-anai ni. aku kena buat banyak benda dalam satu masa.
haiyoo.. sabar je la. 

syurga aku ni memang penuh dengan rezeki. alhamdulillah..
banyak sungguh binatang yang bertapa di rumah aku ni untuk mendapatkan rezeki untuk mereka -.-
salah satunya anai-anai la. 

habis almari-almari kayu kat rumah aku ni kena kerit dengan anai-anai yang kecil molek ni.
tapi yang aneh lagi lah pelik. almari kakak aku, anai-anai sedikit pun tak singgah kejap kat almari dia. 
wow~ maybe sebab nama kakak aku, "jati". so, anai-anai tu ingat, "ohh.. almari jati -.- jangan kacau. almari kayu jati tu~" 
nonsense? suka hati aku la.. tapi serius kott .. almari dia tak kena usik pun =.=

jadi konklusinya, saya di sini ingin mengucapkan, beribu-ribu tahniah~ beribu-ribu tahniah~, kepada anai-anai sekalian. kerana, disebabkan anda semua, rumah saya pun sudah berupa pejabat. hampir semua almari dalam rumah ni, besi-besi belaka. baru-baru ni, cnm geram sangat eh. *beliau beli lagi* sampai 5 almari besi dia beli sekali gus. untuk ganti almari-almari kayu yang dimakan oleh anai-anai.

Older Post | Newer Post