a e i o u
follow






LE BOSS : SyamSyam CNM :D

Skin by: Her

Gemuk Pendek Hitam (G.P.H)


Dalam mengharungi dunia globalisasi, kita semua ibarat sebuah kelompok manusia yang sentiasa mengejar kegembiraan dan kebahagiaan untuk di kecapi. Manusia seolah-olah obses dengan kesempurnaan masing masing dan memandang rendah manusia yang lain.

Tajuk yang di utarakan ini adalah mengenai diri manusia yang gemuk, yang pendek dan yang berkulit gelap. Tiga golongan yang sering menjadi perbualan melalui kutukan umpatan dan seakan dengannya. Apa salah mereka yang menjadi gemuk walhal mereka tidak ingin menjadi gemuk. Apa perasaan mereka saat di ejek "Si Gemuk" oleh rakan-rakan atau orang sekeliling? Sudah pastinya mereka akan terkesan di hati paling tidak pun sedikit. Apakah yang kita mahukan dalam kehidupan adalah saling hormat menghormati di atara satu sama lain.

Tidak kurang hebatnya dengan kisah "Si Pendek". Memiliki ketinggian yang jauh berbeza dengan rakan lain menyebabkan golongan sebegini selalu sahaja di ejek pendek. Adakah ketinggian seseorang di kira sebagai satu ejekan? Sudah pasti tidak. Kita yang memiliki akal yang waras dan pemikiran yang hebat sewajarnya berfikir panjang sebelum ingin mengenakan mereka kerana perasaan manusia mudah terguris walaupun ketawa di luar, tapi berdarah di dalam.

Berkulit gelap atau bahasanya kasarnya "Si Hitam". Berkulit gelap atau hitam berbeza dengan manusia lain seringkali di ejek. Adakah salah memiliki kulit yang gelap yang di warisi oleh ibu bapa sendiri. Huh! Menyedihkan apabila ada sahaja mereka yang memandang serong dengan golongan berkulit gelap ada yang mengatakan "hodoh" dan ada juga yang mengatakan "hitam". Terguris hati golongan ini padahal mereka tidak di minta untuk di lahirkan berkulit gelap.

Apa mesej yang paling penting ialah hormatilah appearance manusia lain yang berbeza dari diri kita. Kita bukanlah seorang yang sempurna untuk berkata buruk kepada orang lain. Jadi, sebarkan bahagia dengan sentiasa bersangka baik sesama manusia.

Older Post | Newer Post