a e i o u
follow






LE BOSS : SyamSyam CNM :D

Skin by: Her

♥ Baju Tidur ♥

*syok dowh ! kalau pakai baju tidur bersama-sama dengan topi tidur :P*

setiap kali keluar rumah pergi kedai .. tak kisah la. mana-mana pun. tesco ke , giant ke , billion , sunway , jusco atau pacific ke .. dan banyak lagi la . mata aku tak pernah terlepas pandang usha-usha kat kedai baju :P sesungguhnya aku bukannya addict sangat tengok baju fashion2 semua bagai .___." tapi aku addict tengok "baju tidur" . jadi, setiap kali aku nampak baju tidur . dialog-dialog seperti di bawah inilah yang sering aku lontarkan kepada ibu tercinta ku ♥ oh , saya sangat sangat sangat sayangkan beliau ^.^ terima kasih kerana tidak pernah jemu melayan kerenah anak kedua mu ini . jasamu dikenang sampai bila-bila. muah! muah! *cium pipi kanan dan kiri ibu :P*

syamsyam : ibu ! ibu ! :D jom tengok baju tidur tu . hehe
syamsyam : ibuuuu~~ :3 baju tidur tu panggil kita la, ibu .. jom jumpa beliau kejap
syamsyam : ibu, baju tidur ni macam sesuai la kalau saya pakai :D
syamsyam : bukebu~ baju tu kelihatan handsome tampan lagi bergaya la, ibu.
syamsyam : buuu.. jom cuci-cuci mata kat kedai baju tu ^-^ (baju tidur)
syamsyam : oh ibu~ oh ibu~ ibu. ibu. ibu. dah lama tak merasa pakai baju tidur baru la bu XD
syamsyam : ibuu .. ibu :3 baju tidur saya kan. semuanya dah kurang ceria la, wahai ibu ku.
syamsyam : bukebu .. jom tengok kejap baju tidur tu :P
syamsyam : ibu ~! ibu ~! ^3^ *muncung mulut ke arah baju tidur*
syamsyam : ibu . ibu . ibu . baju tidur ni cantik/comel la bu >.< 

dan.. inilah jawapan beliau setiap kali aku berkata-kata seperti di atas ..

ibu syamsyam : awak ni ... asyik baju tidur je -..- patut la awak suka sangat tidur . suka sangat pakai baju tidur ! haiz . pilihlah mana satu nak . tapi satu je. jangan lebih-lebih.

oh yeahh.. XD sayang ibu ♥ aku suka dengar setiap kali dia cakap, "pilihlah mana satu nak" . itu menandakan petanda baik dan lampu hijau kepada aku. hoho.

setakat sekarang ini, baju tidur aku dah ada 12 pasang baju tidur ke atas . semua jenis aku dah ada. daripada pendek hingga panjang. haha. syok kott .. pakai baju tidur. time waktu malam. bersedia untuk masuk waktu tidur. tak perlu susah-susahkan diri untuk perah otak nak fikir , nak pakai baju dan seluar apa untuk tidur. nahhh.. kalau dah ada baju tidur. tak payah nak penat-penat fikir dah. dah lengkap sepasang baju untuk dipakai hehe..

by the way ..

aku dengan mak aku, tak ada la guna kata ganti diri, "saya" dan "awak". tipu je tuhh.. skema sangat +.+" just panggil nickname je la. tetapi nickname dirahsiakan. haha!!

Older Post | Newer Post